Monday, April 15, 2013

IPAD Mini yang PERCUMA

Nampak tak perkataan percuma tu? Percuma tau. Free?
Macam waktu bulan puasa, ada orang belanja kau makan buffet. Biasa bos korang belanja

Percuma kan? Tak yah bayar. Macam duduk terkangkang aje, tapi dapat duit. Percuma.

Saje nak buat korang rasa macam nak sepak aku. Terajang pun boleh. Sebab kitaorang dapat IPad Free.

Tak yah susah-susah masuk pertandingan, buat slogan kurang daripada 30 patah perkataan, atau pun kumpul keratan akhbar sampai 30 hari, tak pun buat undian yang setiap SMS berharga 50 sen.

Dok terkangkang je, dapat IPAD



Ironinya,
kau kena buat benda-benda ni sebelum dapat Ipad ni:

a) bangun jam 7 am.
b) buat report weekly
c) pressure
d) pergi training yang takde kaitan dengan kerja kau
c) buat kerja banyak, tapi hadooo outcome
e) kena marah
f) bayar cukai
g) buat muka plastik
h) balik jam 8pm
i) update tracker
j) pergi meeting

Nampak tak ? baik kau buat slogan je nak dapat Ipad free.

Sekian.

from ipad free

Monday, February 25, 2013

Snap!

Pakcik jarang snap. Snap marah. Mengamuk. Kalau snap depan kamera selalulah. Camwhore. Dululah, tapi sejak nampak garis-garis halus kat dahi, pak cik dah kurang siketlah.

Masa kecik dulu, abah pakcik garang. Suka marah-marah tapi abah cepat cool. 
Pak cik takdelah nakal mana,
tapi selalu gak ah kena marah.
Marah mulut je ah tapi tangan tak pernah guna.

Pak cik mewarisi sifat tu.

Masa form 1, pak cik pernah snap masa main kad UNO tu. Main kad pun boleh mengamuk.
Nampaklah kengkawan masa tu macam bengang.
Apahal mamat ni nak snap tak tentu pasal.
Main UNO je kot.

Pastu pakcik azam dah tak nak dah marah-marah.
Tak nak jadi macam ayah pak cik.
Nanti orang tak suka.
So kalau marah, pakcik  lebih suka diam. Tak kata pape.
Tapi tangan mengigillah tahan marah.
Ibarat menahan kentut, kan seksa tu.

Dah lama pakcik tak snap, last skali masa marah budak Astro dalam phone.
Tu pun sebab kau charge lagi walaupun dah terminate service.
Diaorang ni pasal duit, memang perah habis.
Tapi kalau dia hutang kita, mamposlah kalau kau tak complaint, dia buat derk aje.

Hari tu, kat ofislah, mood pakcik tak berapa nak waras sangat
Sebab kena paksa buat benda yang pakcik tak nak.
Kau tahulah kan kalau kena paksa-paksa ni.
Pastu adalah ofismate pakcik, kita namakan Pak Boyot ni, perli pakcik pasal tak lulus exam.
Yelah, sebab semalam tu pakcik amek exam. 2nd time. Dulu tak lulus.
Apa lagi. SNAP! SNAP! SNAP!

Mampu kau keluar statement "kalau aku masuk neraka, ada effect tak kat ko?"
Nampak tak pakcik sempat riak masa marah tu??

Amek!

Pakcik paham niat Pak Boyot tu sebab selama ni dia keji pakcik, takde pun nak amek pot.
Hari tu je mood tak baik, ditambah pulak dah lama tak snap.
Kau lah jadi mangsa.
Tapi ye lah, pakcik tak lama mana pun marahnya.
Kejap je pastu eloklah.

Kalau kau pandai pujuk, lagi cepat.

Camtulah orang bujang, tak tahu kat sapa dia nak lempias marah dia.
Sesapa pun boleh jadi mangsa.

Saturday, February 23, 2013

Kawan

Carik kawan gelak-gelak memang ramai,
tapi cuba masa kau susah, tayar pancit, duit tak cukup bayar duit sepital
mana nak cari.

Tapi semakin kau tua, dah tak banyak kawan yang kau nak buat kawan nak gi wayang
Yelah, lain-lain dah kawin, yang kau tu masih single tu apa kes????

Pastu kau buat status i'm single and lonely kat Facebook. Tak ke macam mintak penampar?

Banyak kawan yang kau bila tetiba teringat mesti kau rasa sedih.
Susah senang dia ada kat tepi
Tak merungut pun.
Tapi terkilan, sebab kau tak boleh bagi benda yang sama cam tu kat dia. Kan?

Masa aku sakit bulan lepas, kawan ni lah yang usung kau gi klinik. 
Pastu gi sepital check darah
Duit tak cukup, dia ni jugaklah yang dulukan duit dia.
Bukan murah kat sepital setakat nak check darah.

Dia jugak uruskan makan minum kau masa kau tak larat nak bangun dari katil kau.

Kalau kau nak tengok wayang kol 12 pagi pun
ajak kawan ni, dia on je.
kalau citer tak best pun, dia bantai tido.
member ni tau aku ni sibuk, takde masa nak gi tengok siang-siang.

Hah, dia jugak yang ada kat tepi kau masa kes tahun lepas. Tak semua orang mampu.




Tapi semalam, dia datang bagi kain suruh buat baju melayu.
Jadi pengapit.
Bulan 4 ni dia naik pelamin.
.................................................................. titik

Perjalanan Mengakhiri Zaman Bujang

Anonymous,

Awak nak cecah umur 30 tahun. Hampir tua.
Semua dah ada kecuali rumah. Awak nak apa lagi.
Pernah dijodohkan tapi awak mengada-ngada. Macam-macam alasan.
Sekarang awak terkial-kial nak cari calon.

Awak,
Awak bukan Fahrin Ahmad yang dah berumur 33 tapi masih bujang.
Tapi...awak bukanlah Abon juga.
Awak macam Awi Rafeal, banyak bekas jerawat kat muka.
Tak payahlah jadi pemilih sangat
Awak bukan artis, peon je penghantar surat.

Awak,
Orang selalu perli, nanti dah umur 50, anak baru umur 20 tahun.
Itupun kalau kawen umur 30.
Nanti kawan anak tu cakap, datuk kau ke?
Awak tak sedih ke?

Awak,
Kawan-kawan awak semua dah tinggalkan awak,
Masing-masing dah mula letak muka anak kat Facebook,
Awak masih lagi letak tiket Paramore hari tu,
Awak nak orang cakap, kubur kata mari, rumah kata pergi?

Awak,
Dah tiba masanya awak buat event kat Facebook,
bukan Event menyambut hari jadi,
Tapi event Walimatul Urus.
Lepas tu boleh camwhore muka awak dan muka isteri awak jadi profile picture.

Awak,
Saya suka perli awak sebab suruh awak sedar,
Dah 15 tahun dah sejak awak amek SPM.
Tak payah perasan awak muda lagi.
Nak tunggu apa lagi?

Jawapan awak/saya/aku/Pak Cik (PC)

pc macam Awi Rafael?