Saturday, February 23, 2013

Kawan

Carik kawan gelak-gelak memang ramai,
tapi cuba masa kau susah, tayar pancit, duit tak cukup bayar duit sepital
mana nak cari.

Tapi semakin kau tua, dah tak banyak kawan yang kau nak buat kawan nak gi wayang
Yelah, lain-lain dah kawin, yang kau tu masih single tu apa kes????

Pastu kau buat status i'm single and lonely kat Facebook. Tak ke macam mintak penampar?

Banyak kawan yang kau bila tetiba teringat mesti kau rasa sedih.
Susah senang dia ada kat tepi
Tak merungut pun.
Tapi terkilan, sebab kau tak boleh bagi benda yang sama cam tu kat dia. Kan?

Masa aku sakit bulan lepas, kawan ni lah yang usung kau gi klinik. 
Pastu gi sepital check darah
Duit tak cukup, dia ni jugaklah yang dulukan duit dia.
Bukan murah kat sepital setakat nak check darah.

Dia jugak uruskan makan minum kau masa kau tak larat nak bangun dari katil kau.

Kalau kau nak tengok wayang kol 12 pagi pun
ajak kawan ni, dia on je.
kalau citer tak best pun, dia bantai tido.
member ni tau aku ni sibuk, takde masa nak gi tengok siang-siang.

Hah, dia jugak yang ada kat tepi kau masa kes tahun lepas. Tak semua orang mampu.




Tapi semalam, dia datang bagi kain suruh buat baju melayu.
Jadi pengapit.
Bulan 4 ni dia naik pelamin.
.................................................................. titik

No comments:

Post a Comment